Selasa, 14 April 2015

LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2015 (SPA)-LATIHAN JURURAWAT

Assalamualaikum

Ada sedikit soalan serta jawapan bagi menghadapi temuduga latihan jururawat, sebelum ni saya dah ada buat entry tentang ni ,
Boley tengok kat sini

Aritu belum rezeki, saya tak lulus temuduga...hu3 
Mungkin saya terlalu 'nervous' n kurang keyakinan diri...
Kali ni saya diberi peluang kedua untuk temuduga,
Jadi saya cuba buat yang terbaik dari sebelum ni
Chaiyokkk!!! Untuk diri sendiri...hehhehe 

Entry kali ni untuk kuatkan ingatan saya dalam masa sama mungkin dapat membantu antara kalian yang mungkin memerlukan,
Ade kee???hahahaha
Ade ke tak layan je lahhhhh....


1.Apa itu jururawat?
-jururawat adalah orang yang merawat orang sakit 
-jururawat juga merupakan orang yang membantu doktor bagi merawat orang sakit.

2.tugas-tugas jururawat

Jururawat klinik kesihatan

-perkhidmatan kesihatan untuk ibu dan kanak-kanak
-perkhidmatan kesihatan di sekolah
-perkhidmatan perancang keluarga
-pendidikan kesihatan

Jururawat hospital

-mengurus dan melayan makan minum pesakit
-mengurus dan menjaga kebersihan pesakit
-menjaga dan merawat ibu selepas bersalin
-menjaga dan merawat bayi selepas kelahirannya
-membantu doktor dalam merawat pesakit
-merawat pesakit dengan arahan yang diberikan

3.Gaji jururawat gred u29
-minimum rm1,312
-maksimum rm5,173
-kadar kenaikan gaji tahunan rm145

4.latihan jururawat
-tempoh latihan selama 3 tahun
-biasiswa semasa latihan sebanyak rm835.57 sebulan
-17 tempat latihan :
➡Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah
➡Kolej Kejururawatan Sungai Petani, kedah
➡Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
➡Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
➡Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
➡Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
➡Kolej Kejururawatan Melaka
➡Kolej Kejururawatan Muar, Johor
➡Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
➡Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
➡Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
➡Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
➡Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
➡Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
➡Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
➡Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
➡Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

5.Pakaian semasa dan selepas menjalani latihan jururawat
-sem 1 : serba putih
-sem 2 : pangkat di bahu warna hijau
-sem 3&4 : pangkat di bahu warna biru
-sem 5&6 :pangkat di bahu warna merah
-Selepas latihan : serba putih dan mempunyai 'line' warna biru di tudung atas kepala

6.Beza di antara klinik dan hospital
-berbeza dari segi perkhidmatan dan kapasiti untuk menampung pesakit
-klinik kebiasaannya diselenggara oleh pegawai perubatan yang akan merujuk kepada pakar perubatan di hospital
-klinik kebiasaannya hanya memberikan perkhidmatan seperti pesakit luar, check-up untuk ibu mengandung, pendidikan kesihatan serta penjagaan kesihatan
-hospital dibahagikan kepada unit @ bahagian seperti medical,sugikal dan sebagainya
-hospital kebiasaannya diselenggara oleh pakar-pakar perubatan dalam bahagian masing-masing
-hospital juga memberikan perkhidmatan yang lebih meluas dan menjadi tempat rujukan klinik-klinik

7.klinik 1Malaysia
-dirasmikan oleh perdana menteri malaysia iaitu Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak untuk membantu golongan berpendatan rendah
-klinik ini dikendalikan oleh pembantu hospital (HA) yang dibenarkan untuk memberikan ubat bagi sakit yang ringan seperti batuk, demam, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain

8.Menteri kesihatan Malaysia
-Datuk Seri Dr. S.Subramaniam

9.Timbalan menteri kesihatan
-Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya

10.Pengarah kesihatan
-Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

11.Setiausaha menteri kesihatan
-Datuk Farida binti Mohd Ali

12.visi dan misi KKM

Visi
- negara mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

Misi
-memastikan kesihatan rakyat di tahap yang maksimum dan berkualiti

13.Logo KKM
*maaf,xdapat nk upload logo KKM sebab masalah teknikal,nati search aje dekat google yee....hi3

Penerangan logo
-latar belakang putih bagi melambangkam kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas
-hati berwarna merah melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
-tangan pula melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu

14.Demam denggi
-sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk aedes egypti yang telah dijangkiti
-terdapat 4 jenis virus yang boleh menyebabkan denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4
-demam denggi berdarah adalah yang paling teruk yang berpunca daripada virus denggi
-demam denggi berdarah boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat kerana tiada ubatan khusus untuk merawat demam denggi
-demam denggi berdarah juga menyebabkan hidung berdarah,pendarahan pada usus, lebam kulit serta pendarahan kecil pada kulit





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

pesanan ikhlas