>>>>>Assalamualaikum<<<<<
Apa yang mahu saya katakan :
Jika saya tiada nilainya di mata kamu,
Saya mengerti,
Jika hinanya saya di mata kamu,
Saya mengerti,
Jika rendahnya pandangan kamu terhadap saya,
Saya juga mengerti,
Tiada manusia yang sempurna,
Masing-masing ada kelebihan dan juga kekurangan,
Setiap manusia juga pernah melakukan kesilapan,
Saya tahu,
Menyesal pun tiada gunanya,
Bila saya terkenangkan kisah silam,
Pastinya saya terasa akan kebodohan diri dengan masa lalu,
Tetapi,
Setiap perkara yang terjadi,
Pasti ada hikmahnya,
Apa yang saya mahukan hanyalah pergertian dari kamu wahai teman,
Hormati saya seadanya,
Saya juga berhak,
Kerana saya juga mempunyai hati dan perasaan,
Bimbinglah saya ke arah yang lebih baik,
dan saya juga mahukan sokongan dan dorongan dari mu wahai teman :')
kata-kataku: nukilan ini tiada kene mengene dengan sesiapa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
pesanan ikhlas