Khamis, 6 November 2014

PERKHIDMATAN GUBAHAN HANTARAN AREA KELANTAN

Assalamualaikum

Berminat untuk gubahan hantaran dengan kadar upah serendah RM10-RM20 untuk satu gubahan????
 Whatsap sy (ima- 0169599697)
Area kelantan

Contoh gubahan yang pernah sy buat boley tengok DI SINI 


Rabu, 5 November 2014

PENGALAMAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN NOVEMBER 2014 (LATIHAN JURURAWAT)

Assalamualaikum

Nak citer.....nk citerr....
Hmmm.......
Hmmm........
Harini perasaan kiter berbelah bagi...huhuhu

Pertama sekali,kite nk citer sal pengalaman kite pegi temuduga arini
5/11/2014
 Seawal 5.30 pagi bangun oii...haha...
Siap- siap 6.30 pagi terus tolak 
'Rushing' bawak kereta nak singgah ambik member dulu dekat Binjai
Kite dapat temuduga dekat Auditorium Teknologi Pendidikan 
Tempat tu dekat 'area' Pengkalan Chepa
Kite ni orang Kelantan....hehehehe

Sebelum pukul 8 pagi dah sampai
Tu pun sempat jugak berada dalam situasi jalan jem,huhu

Sampai aje sana, terus cari tempat menunggu untuk ditemuduga
5-6 orang dah ada yang terpacak kat sana,huhu
Dalam 3,4 minit lepas tu kitorang kena tandatangan kedatangan dulu
Kite plak yang 'first', diorang semua takut n malu2 kowt...
Terasa bangga kejap bila kite jadi lebih berani dari orang lain
Hehehehhee.......
Okey,kite 'check' nama dan tandatangan,
Lepas tu dia 'check' kite punya dokumen2
Selesai pastu tunggu 'turn' nak ditemuduga

sedikit tips2 yang dapat saya kongsi sebelum temuduga

PAKAIAN : 

* Baju kurung bagi perempuan
 - pilihlah yang sopan
-tidak terlalu menyerlah
-pilih warna yang tidak terlalu terang, elakkan warna lebih dari 3 warna
-seeloknya pakai yang tidak bercorak
* Berseluar slack hitam,baju kemeja putih dan 'tie' bagi lelaki
* memakai kasut yang tertutup
-berstoking
-seeloknya kasut warna hitam

KEKEMASAN DIRI :

* Tidak bersolek tebal
* kuku mesti pendek
* tidak memakai barang kemas

SUSUNAN SIJIL2 :

(Luar daripada fail) 
1. surat temuduga,jika surat temuduga belum diterima,
Cetak panggilan temuduga anda 
2. borang tambahan (bahagian senarai semak tidak perlu diisi)
3. Salinan ic
4. Salinan sijil kelahiran
5. Salinan sijil SPM
6. salinan sijil berhenti sekolah

* semua salinan perlu DISAHKAN

(Dalam fail)
1. Ic 
2. Sijil kelahiran
3. Sijil SPM
4. sijil berhenti sekolah
5. Sijil-sijil kegiatan luar

* semua perkara di atas adalah yang ASAL

ADAT KETIKA TEMUDUGA :

* ketuk pintu dan buka pintu dengan bagi salam beserta senyuman
* bagi semua dokumen dan duduk setelah dibenarkan dengan ucapan terima kasih
* jangan menyandar ketika duduk
* jangan main kaki dan tangan
* tengok dan fokus kepada penemuduga dengan senyuman ketika berbicara
* jangan pandang sekeliling bilik
* berikan keyakinan yang tinggi semasa berbicara tetapi jangan terlalu megah, meninggikan suara atau memotong percakapan penemuduga
* jawab soalan dengan baik dan tunjukkan minat anda dengan jawatan yang ditawarkan
* Selepas selesai ditemuduga, ambil fail dokumen anda dan bersalam dengan ppenemuduga mengikut jantina anda masing2
* ucap terima kasih dan boleh la keluar

SOALAN YANG DITANYA :

1. Perkenalkan diri dan latar belakang keluarga (saya cakap bm je...hihi)
2. Persediaan untuk temuduga
3. Tugas2 jururawat kesihatan
4. Pakaian jururawat
5. Pakaian semasa dan selepas menjalani latihan jururawat

Sekian saja perkongsian saya...hihihi
Perkara yang menjadikan hati saya berbelah bagi selepas dapat tahu ketika menjalani latihan tu kite xboley kawin sebelum tamat latihan :'(
3 tahun kowt tempoh latihan
Lame la wehhhh....
Nak kawinnnn.......huhuhuhu

Tarikh keputusan temuduga bakal keluar pada 8/12/2014
Nanti kite tgk la camner keputusannye yerr....huhuhuhu

Terima kasih sudi baca