Khamis, 6 November 2014

PERKHIDMATAN GUBAHAN HANTARAN AREA KELANTAN

Assalamualaikum

Berminat untuk gubahan hantaran dengan kadar upah serendah RM10-RM20 untuk satu gubahan????
 Whatsap sy (ima- 0169599697)
Area kelantan

Contoh gubahan yang pernah sy buat boley tengok DI SINI 


Rabu, 5 November 2014

PENGALAMAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN NOVEMBER 2014 (LATIHAN JURURAWAT)

Assalamualaikum

Nak citer.....nk citerr....
Hmmm.......
Hmmm........
Harini perasaan kiter berbelah bagi...huhuhu

Pertama sekali,kite nk citer sal pengalaman kite pegi temuduga arini
5/11/2014
 Seawal 5.30 pagi bangun oii...haha...
Siap- siap 6.30 pagi terus tolak 
'Rushing' bawak kereta nak singgah ambik member dulu dekat Binjai
Kite dapat temuduga dekat Auditorium Teknologi Pendidikan 
Tempat tu dekat 'area' Pengkalan Chepa
Kite ni orang Kelantan....hehehehe

Sebelum pukul 8 pagi dah sampai
Tu pun sempat jugak berada dalam situasi jalan jem,huhu

Sampai aje sana, terus cari tempat menunggu untuk ditemuduga
5-6 orang dah ada yang terpacak kat sana,huhu
Dalam 3,4 minit lepas tu kitorang kena tandatangan kedatangan dulu
Kite plak yang 'first', diorang semua takut n malu2 kowt...
Terasa bangga kejap bila kite jadi lebih berani dari orang lain
Hehehehhee.......
Okey,kite 'check' nama dan tandatangan,
Lepas tu dia 'check' kite punya dokumen2
Selesai pastu tunggu 'turn' nak ditemuduga

sedikit tips2 yang dapat saya kongsi sebelum temuduga

PAKAIAN : 

* Baju kurung bagi perempuan
 - pilihlah yang sopan
-tidak terlalu menyerlah
-pilih warna yang tidak terlalu terang, elakkan warna lebih dari 3 warna
-seeloknya pakai yang tidak bercorak
* Berseluar slack hitam,baju kemeja putih dan 'tie' bagi lelaki
* memakai kasut yang tertutup
-berstoking
-seeloknya kasut warna hitam

KEKEMASAN DIRI :

* Tidak bersolek tebal
* kuku mesti pendek
* tidak memakai barang kemas

SUSUNAN SIJIL2 :

(Luar daripada fail) 
1. surat temuduga,jika surat temuduga belum diterima,
Cetak panggilan temuduga anda 
2. borang tambahan (bahagian senarai semak tidak perlu diisi)
3. Salinan ic
4. Salinan sijil kelahiran
5. Salinan sijil SPM
6. salinan sijil berhenti sekolah

* semua salinan perlu DISAHKAN

(Dalam fail)
1. Ic 
2. Sijil kelahiran
3. Sijil SPM
4. sijil berhenti sekolah
5. Sijil-sijil kegiatan luar

* semua perkara di atas adalah yang ASAL

ADAT KETIKA TEMUDUGA :

* ketuk pintu dan buka pintu dengan bagi salam beserta senyuman
* bagi semua dokumen dan duduk setelah dibenarkan dengan ucapan terima kasih
* jangan menyandar ketika duduk
* jangan main kaki dan tangan
* tengok dan fokus kepada penemuduga dengan senyuman ketika berbicara
* jangan pandang sekeliling bilik
* berikan keyakinan yang tinggi semasa berbicara tetapi jangan terlalu megah, meninggikan suara atau memotong percakapan penemuduga
* jawab soalan dengan baik dan tunjukkan minat anda dengan jawatan yang ditawarkan
* Selepas selesai ditemuduga, ambil fail dokumen anda dan bersalam dengan ppenemuduga mengikut jantina anda masing2
* ucap terima kasih dan boleh la keluar

SOALAN YANG DITANYA :

1. Perkenalkan diri dan latar belakang keluarga (saya cakap bm je...hihi)
2. Persediaan untuk temuduga
3. Tugas2 jururawat kesihatan
4. Pakaian jururawat
5. Pakaian semasa dan selepas menjalani latihan jururawat

Sekian saja perkongsian saya...hihihi
Perkara yang menjadikan hati saya berbelah bagi selepas dapat tahu ketika menjalani latihan tu kite xboley kawin sebelum tamat latihan :'(
3 tahun kowt tempoh latihan
Lame la wehhhh....
Nak kawinnnn.......huhuhuhu

Tarikh keputusan temuduga bakal keluar pada 8/12/2014
Nanti kite tgk la camner keputusannye yerr....huhuhuhu

Terima kasih sudi baca







Selasa, 28 Oktober 2014

PENGALAMAN 'EXAM ONLINE' LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (SEMENANJUNG)

Assalamualaikum

Selama hampir 4 tahun menganggur tanpa arah tujuan,
12 September 2014 saya terima satu email daripada SPA.
email yang bagaikan memberikan satu sinar dan harapan yang baru.
hehehehe.....
saya diberi peluang untuk menduduki peperiksaan secara 'online',
'first time' taw...huhu.
semua perasaan hanya tuhan saja yang tahu,
syukur yang teramat sangat.....

20 September 2014 merupakan tarikh peperiksaan.
terdapat dua seksyen iaitu seksyen A dan juga B,

seksyen A (pengetahuan am)
 mengandungi aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa.
-masa : 40 minit
-soalan : 50 (aneka pilihan)

seksyen B (ujian psikometrik)
-masa : 20 minit
-soalan : 30 (aneka piihan)

SEBELUM 'EXAM' :

Pastikan anda 'study'. Ini sangat penting okay!!
SEBELUM MEMULAKAN 'EXAM' :

pastikan pelayaran internet anda berada dalam keadaan baik, tidak lembab,
kalau penggunaan 'broadband',
pastikan 'broadband' anda mempunyai kuota yang tinggi.
pastikan juga kata laluan anda untuk memasuki peperiksaan. 
bersedia dengan memasuki pautan 'exam' 1 jam sebelum peperiksaan bermula.
sekiranya pada waktu bermulanya peperiksaan, tapi masih tidak keluar pautan soalan, sila 'refresh' 'page' anda.

SEMASA EXAM :

jawab dengan teliti dan berhati-hati.
sekiranya terdapat soalan yang sukar dijawab,
teruskan menjawab soalan yang berikutnya agar masa anda tidak membazir.
soalan yang sukar dijawab kemudian.

CONTOH SOALAN SEKSYEN A (PENGETAHUAN AM ) :

antara soalan yang saya jawab

  1. radas untuk menguji zat makanan
  2. tugas utama dewan rakyat dan dewan negara
  3. KAR1SMA
  4. faktor penyebab osteoporosis
  5. tempat derma organ
  6. loratadine
  7. tifoid
  8. integrasi nasional
  9. aplikasi kesihatan
  10. konsep 1Malaysia
  11. kuman malaria
  12. konsep BMI
  13. fleksibiliti
  14. penyakit yang menyebabkan komplikasi darah timggi
  15. maksud paraplegia
  16. ciri-ciri arteri
ini je mampu saya kongsi....yang lain saya lupa...hehehe
soalan seksyen B paling mudah.
tak perlu 'study' pun...huhuhu...
jika terdapat masalah semasa menjalankan ujian, sila 'refresh' 'page' anda.
jika masalah tetap berlaku, sila hubungi pihak SPA.

seksyen A saya takde masalah, bahagian seksyen B je bermasalah,
tapi Alhamdulillah pihak SPA memberi peluang kedua untuk menjawab di bahagian B.
sebelum tu saya sempat membuat aduan.
untuk lebih mudah medapatkan apa-apa maklumat semasa, sila 'like' 'page' suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) dekat FB...hihihi

24 September 2014, akhirnya keputusan 'exam' keluar.
Alhamdulillah,sekali lagi saya bersyukur kerana LULUS dalam ujian.
tunggu punya tunggu.....
23 Oktober 2014 baru dapat maklumat untuk pergi 'interview'
jadi sekarang saya perlu 'prepare' untuk pergi 'interview' pada 5 November 2014 bertempat di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan pukul 8.08 pagi...huk3
gud luck 4 me!!! :)

 terima kasih sudi baca.... ;)




GUBAHAN HANTARAN ( PINK + PUTIH)

Assalamualaikum.......

Terasa rajin lak malam ni....dah berbulan bulan xupdate blog...hihihi
Malam ni nak citer sal gubahan hantaran
Kite ade citer dulu kat SINI

Entry ni dah berbulan bulan tertangguh
Malas punyer pasaiii... -_-"
Sekarang pun malas lagi...kite pendekkan cerita lah yeww... hohoho ;p

Sekarang kite just tunjuk je gubahan hantaran yang dah siap tu k....









TERIMA KASIH SUDI JENGUK....HEHEHEE ;p

KARNIVAL PEKERJAAN AZAM 1MALAYSIA (KOTA BHARU)

Assalamualaikum


PAKAT-PAKAT G LA BELAKOOO!!



Jumaat, 24 Oktober 2014

BLOGKU OH BLOGKU

Assalamualaikum

Blogku oh blogku
Hmm...blog yang dah lama tidak diaktifkan...huhuhu
Saya xdapat nk 'update' blog selalu atas sebab2 tertentu
Susah bebenor mau 'update'nye

Saya banyak benda nk kongsi,tapi selalu tertangguh 
Bila dah tertangguh,makanya benda tu hilang camtu je...hihihi
Yang pasal gubahan hantaran pn dh berhabuk kat ' draft' 
Saya bkn xnak 'update'
 Tapi atas faktor masalah teknikal
Saya xdapat nk 'upload' gambar
Xtahu la mana puncanya
Oleh sebab itu 'post' saya tertangguh hari demi hari,hik3

Dulu saya 'update' blog guna laptop
Sekarang dah ada Asus Fonepad 7 ,malas lak nk buka laptop,hihi
Nati la cari masa 'free' sikit kita 'update' blog naaa....
Saborrr je laaaaa....ngeh3 😁😁😁